Monday, July 24, 2006

Berita dan Tragedi

BERITA GAMBAR TSUNAMI PADA DEC 2004

Man Who Lost Wife And Four Children Accepts Fate
HASSAN HARUN… "I do not regret allowing my wife and children to go picnicking because it is beyond my power to change what is predetermined by God." Pix: Saad Nordin
SUNGAI PETANI, Dec 27 (Bernama) -- "I do not regret allowing my wife and children to go picnicking because it is beyond my power to change what is predetermined by God," said Hassan Harun who lost his wife and four children to the tidal waves or tsunami which hit the Penang shores, Sunday.His wife Nizari Mahmood, 40, and children Nurul Naimah, 15, Nurul Hasinah, 18, were found dead Sunday while another two of his children Nurul Nazirah, 13, and Mohd Ferdaus, 4, were still reported missing.Three other children of his who were also picnicking at the Miami Beach in Batu Feringghi: Mohd Shamsul, 22, Mohd Saufi, 20 and Ibrahim Idzham, 7, survived the killer waves which claimed the lives of at least 50 people.Hassan, 51, who did not join the picnic said his wife had asked for his permission to bring their children for a picnic on Penang island although she herself did not enjoy picnics.The Sekolah Kebangsaan Padang Lumat Senior Assistant teacher who seemed calm during the interview said he had apologised to his wife for not being able to join them as he had other matters to attend to.Hassan said he received news of the tragedy that had befallen his family at 3pm, Sunday calmly."Earlier, when a friend told me that there had been huge waves at the beach, I had replied in jest that of course there were waves in the sea."After that, another friend came and told me that something had happened to my wife and children who had been picnicking in Penang."My family was not keen on recreational activities but they had gone picnicking anyway, and so I accept everything that has happened as fate which cannot be changed."Hassan said his wife had occasionally voiced her worries of dying before him as she feared no one would be able to take care of her husband who had a heart problem.A close friend of his wife, Rokiah Saad, 30, from Kampung Paya Mat Eson, Pendang who went for the picnic with her nine-year-old daughter Nurul, were also killed in the tragedy.Another victim, Mohd Nazri Ali, 20, from Kampung Banggol Lalang here who went with Nizari's family said he had to hang on to the branch of a tree for safety after the waves hit him."It happened in the blink of an eye. We were eating and before we knew it the waves had swept us away."I was thrown up a tree by the waves and when the water ebbed, I saw a two-year-old girl under a pile of mud. I pulled her out but she was already dead," he said.






Pilu tidak terperi lihat lima anak ditelan ombak
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
Zulkifli Mohd. Noor.

BALIK PULAU 27 Dis. - Sukar untuk digambarkan kepiluan sepasang suami isteri kehilangan lima orang anak dalam sekelip mata di depan mereka tanpa dapat berbuat apa-apa akibat dipukul dan dihanyutkan ombak besar ketika berkelah di Pantai Pasir Panjang, di sini semalam.
Walaupun pasangan itu cuba menyelamatkan anak mereka tetapi ombak besar secara tiba-tiba itu menyebabkan mereka hanya mampu melihat kelima-limanya hilang dibawa arus.
Lebih menyayat hati, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari itu, turut mengorbankan anak saudara pasangan Zulkifli Mohd. Noor, 42 dan Jamilah Majid, 39.
``Saya dah tak tahu nak buat apa. Saya hanya sempat menyelamatkan ibu, isteri dan anak bongsu yang berada berhampiran. Saya mahu pegang (selamatkan anak) yang kanan terlepas, nak pegang yang kiri tak dapat. Semua terlepas,'' kata Zulkifli sayu.
Beliau juga turut mengalami luka dan calar pada badan dan kaki.
Tragedi sedih tersebut berlaku ketika pemandu bas kilang itu bersama 13 anggota keluarga termasuk ibu, Che Yam Shafie, 75, serta tujuh orang anaknya berehat selepas makan tengah hari.
Sebelum dihanyutkan ombak, kata Zulkifli, anak-anaknya serta orang ramai berebut-rebut mengutip ikan yang melompat ke darat kerana menganggapnya sebagai rezeki, tanpa mengetahui ia petanda buruk.
``Ketika kami semua sibuk mengambil ikan itu, tiba-tiba datang ombak besar dan terus menghanyutkan semua orang tetapi saya dan isteri sempat menyelamatkan diri kerana berpaut pada pokok dan batu.
``Saya benar-benar tidak menduga bahawa ikan yang melompat ke darat sebelum ombak tsunami melanda sebenarnya satu perangkap dan meragut nyawa kesemua anak saya,'' jelasnya.
Katanya lagi, sebelum ombak besar kedua yang berwarna putih melanda ke kawasan pantai itu, orang ramai terkejut dengan fenomena bermacam-macam ikan naik ke darat dan bergelimpangan di pantai sejurus selepas ombak pertama datang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara pemimpin yang menziarahi keluarga Zulkifli di rumahnya di Kampung Paya, Simpang Empat Genting di sini hari ini.
Lebih memilukan keluarga itu, dua daripada anak mereka Mohd. Shukri, 12, dan Siti Suraya, 5, masih belum ditemui sehingga malam ini.
Tiga lagi anak mangsa yang terkorban ialah Siti Nurain, 17, Siti Nur Atikah, 9, dan Siti Nur Shuhada, 10, berjaya ditemui pasukan penyelamat kira-kira pukul 6.30 petang ini.
Sementara, anak saudara mereka yang turut terkorban ialah Erdawati Shamimi, 23, yang hamil enam bulan.
Anak mereka yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.
Zulkifli yang ditemui di rumahnya, dalam nada sebak memberitahu, dia nampak ombak putih dari jauh dan apabila menghampiri pantai ia menjadi terlalu besar lalu memukul orang ramai yang berada di situ.
Dalam pada itu, menurut adik Zulkifli, Zaiton, 39, mereka tiba di pantai itu pada pukul 10 pagi, telah pun mandi sebelum makan pada pukul 12 tengah hari.
Katanya, dia difahamkan, abangnya itu cuba menyelamatkan anak sulungnya, Siti Nurain tetapi gagal kerana ombak telah menghanyutkan anaknya dengan begitu pantas.
``Siti Nurain ditemui beberapa ketika selepas ombak reda, sementara Siti Nur Atikah ditemui tersangkut di celah batu.
``Ibu saya terselamat kerana rantainya tersangkut pada kayu,'' katanya yang tidak mengikuti perkelahan itu kerana berada di Kuala Lumpur.
Menurut Zaiton lagi, anak kedua abangnya, Siti Fairuz masih trauma dan sering memanggil-memanggil nama kakak dan adik-adiknya yang lain.


SIK 28 Feb.2005 - Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lima beranak yang terkorban petang semalam dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13, Jalan Titi Haji Idris dekat Langgar, awal pagi ini.
Lebih memilukan, upacara itu turut disaksikan oleh Mohd. Hafizuddin Shamsuddin, 15, satu-satunya anak mangsa yang terselamat dalam nahas itu.
Kelima-lima mangsa kemalangan membabitkan kereta dan lori pasir itu dikebumikan dalam satu liang lahad pada pukul 4 pagi ini di tanah perkuburan Islam Kampung Masjid Jeneri, Sik.
Ahli keluarga terdekat dan penduduk kampung ternyata tidak dapat menahan perasaan apabila Hafizuddin sebak melihat jenazah bapa, ibu dan tiga orang adik perempuannya dibawa turun ke liang lahad satu demi satu.
Hafizuddin yang cedera dalam kemalangan itu dilihat cuba ditenteramkan oleh sanak saudaranya semasa anggota keluarganya disemadikan.
Selepas selesai bacaan talkin, Hafizuddin dipimpin oleh keluarganya untuk menyiramkan air mawar di pusara bapa, ibu dan adik-adiknya pada pukul 5 pagi.
Sebelum itu jenazah kelima-lima beranak ini tiba di tanah perkuburan Islam Kampung Masjid Jeneri dan disembahyangkan di sebelah kubur tersebut.
Sembahyang jenazah diimamkan oleh imam masjid tersebut, Ismail Talib.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 2.30 petang semalam, Renjer Jabatan Hutan Daerah Sik, Shamsuddin Kamaruddin, 49, dan isterinya Normah Othman, 47, serta tiga anak perempuan mereka Norshamila, 14, Norshakirah, 11, dan Norshamini, 8, terbunuh apabila kereta yang dipandu Shamsuddin dirempuh sebuah lori pasir ketika cuba mengelak sekumpulan lembu.
Kesemua mangsa yang tinggal di Kampung Desa Jaya, Jeneri, Sik, mati tempat kejadian, manakala seorang ahli keluarga itu, Mohd. Hafizuddin, 15, mengalami cedera di kepala.


Edisi KL : Tercampak dari buaian – 24/10/05
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Aidilfitri bakal menjelang, namun seorang ibu dirundung kesedihan apabila anak bongsunya, Akmal Haris, 3, masih koma selepas lebih sebulan kemalangan di pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September lalu.Seorang ibu terpaksa menanggung kesedihan menjelang Aidilfitri minggu depan apabila anak bongsunya yang berusia tiga tahun koma akibat kemalangan yang didakwa berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September lalu.Ibu bayi itu, Rozarina Bukhari, 34, yang ditemui di Unit Rawatan Rapi, Pusat Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), berkata anaknya, Akmal Haris, dipercayai tercampak keluar daripada buaian yang kemudian menimpa kepalanya menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.Katanya, kejadian itu berlaku kerana tali buaian berkenaan terputus.Berikutan itu, suaminya, Shamsul Anuar Saidin, 34, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.Rozarina hanya mampu menitis air mata ketika menceritakan kisah sedih menimpa bayinya itu.Menurutnya, pada jam 5 petang hari kejadian, dia mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang pekerja wanita di pusat asuhan berkenaan di Semenyih.“Pekerja itu dalam nada cemas memintanya datang segera tanpa memberitahu keadaan Akmal.“Dia cuba berdolak-dalik ketika diminta berterus terang dan enggan menceritakan hal sebenar. Saya segera ke pusat jagaan terbabit kerana bimbang sesuatu kejadian buruk berlaku terhadap Akmal.“Sebaik tiba di situ, saya terkejut mendapati Akmal tidak lagi bergerak dan longlai dalam dakapan penjaga yang berusia awal 20-an,” katanya.Rozarina mendakwa penjaga terbabit seolah-olah enggan menyerahkan Akmal kepadanya dengan mundar-mandir tanpa arah.“Akibat hilang sabar, saya terpaksa menjerit meminta Akmal diserahkan. Sebaik menyentuh Akmal, saya dapati tubuh anak saya itu longlai dan biji mata hitamnya sudah tidak lagi kelihatan.“Dalam keadaan menggigil, saya berkali-kali memanggil nama Akmal, namun dia langsung tidak memberi reaksi,” katanya guru sejarah di Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang itu.Akmal kemudian dibawa ke sebuah klinik di Bandar Teknologi Kajang sebelum dinasihatkan menghantarnya ke Hospital Kajang.Selepas itu mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi, HKL pada jam 8 malam berikutan kekurangan kelengkapan dan doktor pakar.“Hasil pemeriksaan doktor selepas menjalani X-Ray, terdapat darah beku di beberapa bahagian kepala kiri dan kanan Akmal selain retak pada tempurung otak,” katanya.Berikutan itu, doktor pakar HKL terpaksa mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahan untuk membuang darah beku terbabit sehari selepas kejadian.“Bagaimanapun selepas menjalani pembedahan, doktor mengesan saluran darah pada leher Akmal juga tersumbat.“Akibatnya otak bahagian kanan Akmal membengkak akibat tekanan kuat dalam kepala,” kata yang tinggal di Taman Desa Mewah, Semenyih.Susulan itu, doktor tidak ada pilihan dan terpaksa melakukan satu lagi pembedahan untuk membuang tempurung kepala mangsa di kanan selepas mendapati oksigen sukar memasuki ke bahagian itu.Dia berkata, seminggu selepas pembedahan itu, Akmal seolah-olah beransur pulih dan mampu membuka matanya semula.Ketika itu, harapan Rozarina untuk melihat bayinya itu pulih menampakkan sinar, bagaimanapun bekas luka jahitan di kepalanya sering keluar cecair.Menurutnya, Akmal sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan apabila bahagian otak kirinya pula membengkak akibat dipenuhi cecair.“Kesan pembedahan terbabit, kepala Akmal menjadi lekuk , namun dia sudah mula boleh menangis dan menggerakkan tangan,” katanya yang kemudian menerima perkhabaran gembira apabila doktor mengatakan Akmal boleh dibawa pulang berikutan keadaan semakin stabil.“Namun Tuhan lebih berkuasa apabila Akmal yang disangka pulih tiba-tiba hilang upaya dan koma. Matanya terus tertutup dan tiada sebarang tindak balas.“Akmal terpaksa dimasukkan semula ke ICU dengan alat bantuan pernafasan sepanjang masa hingga kini,” katanya.Menurutnya, keadaan Akmal kian serius apabila kakinya turut menggelembung kehitaman dan menggelupas hingga menampakkan daging.“Doktor memberitahu harapan Akmal untuk hidup kini tipis. Sebagai ibu hati saya tergores dan amat tertekan, apatah lagi dalam kemeriahan umat Islam menyambut Ramadan,” katanya yang mempunyai tiga lagi anak, Intan Farhana, 7, Adam Illman, 5 dan Aizat Haqimy, 2.Kesakitan bertarung nyawa selama 12 jam sebelum melahirkan Akmal pada 30 Mei lalu masih dirasai dan kini dia terpaksa menerima hakikat bahawa bayinya itu akan pergi satu hari nanti.

Edisi KL: Yakin anak koma akan sedar – 1/12/05
KUALA LUMPUR: “Walaupun doktor mengesahkan anak saya sudah tidak dapat diselamatkan lagi, sebagai seorang ibu naluri saya kuat mengatakan dia akan sedar juga satu hari nanti.
“Hari ini (semalam) anak saya dibawa pulang selepas dua bulan berada di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL),” kata Rozarina Bukhari, 34, ibu kepada bayi malang, Akmal Haris Shamsul Anuar, lima bulan, yang koma sejak dua bulan lalu akibat tercampak dari buaian ketika berada di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Semenyih.Rozarina berkata, keadaan anaknya masih tidak berubah kecuali sedikit pergerakan apabila disentuh dan namanya dipanggil.Menurutnya, walaupun doktor mengesahkan harapan anaknya untuk hidup tipis, beliau pasrah dengan apa yang berlaku dan kini mengharapkan sinar supaya anaknya pulih seperti sedia kala.“Semalam (kelmarin) doktor membenarkan anak saya dibawa pulang apabila luka pembedahan pada kakinya kering. Ini kerana doktor tidak lagi meneruskan rawatan terhadap anak saya kerana menurutnya, harapan untuk anak saya hidup amat tipis.“Kini saya cuba mendapatkan rawatan secara tradisional agar dia pulih seperti sedia kala,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.Rozarina berkata, dia sekeluarga tetap setia dan sentiasa berada di sisi anaknya walaupun tindak balasnya masih lemah.“Bengkak pada kepalanya akibat pembedahan juga semakin pulih. Cuma berat badannya agak susut. Sebelum dimasukkan ke hospital beratnya 6.9 kilogram tetapi kini cuma 5.2 kilogram.“Akmal juga diberikan sejenis minuman khas kerana dia akan muntah jika diberikan makanan lain,” katanya. Rozarina berkata, dia dan suaminya sedang berbincang untuk mengambil tindakan terhadap pusat penjagaan terbabit.“Sebelum ini, saya tidak sempat berbuat demikian kerana sibuk menjaga Akmal di hospital. “Mungkin minggu depan saya akan ke Biro Bantuan Guaman bagi mendapat nasihat untuk mendakwa pemilik pusat jagaan itu,” katanya.Beliau juga kesal sehingga kini pusat asuhan kanak-kanak berkenaan masih beroperasi seperti biasa, seolah-olah tiada apa-apa berlaku di situ.“Walaupun sebelum ini, mereka menutupnya tetapi itu hanya sementara saja. “Saya juga ada melalui kawasan pusat asuhan berkenaan di Taman Desa Mewah, Semenyih dan hairan bagaimana pemiliknya masih meneruskan operasi,” katanya.Pada 25 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan seorang bayi berusia tiga bulan koma selepas terjatuh daripada buai di pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September lalu.Bayi itu tercampak keluar daribuaian yang kemudian menimpa kepalanya menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.


KUALA LUMPUR 29/10/05: Usianya sudah mencecah setahun lapan bulan, namun, Najwa Fatihah Sidang Ismail tidak pernah menikmati kehidupan sebagai kanak-kanak berikutan masalah kesihatan yang menghalangnya aktif seperti rakan sebaya.

Sejak dilahirkan Najwa mempunyai kedudukan anggota dalaman agak unik berbanding manusia normal serta tidak memiliki limpa menyebabkannya mudah diserang pelbagai penyakit terutama demam dan radang paru-paru.Malah ketiadaan limpa, juga menyebabkan Najwa Fatihah terpaksa mengambil ubat antibiotik sepanjang hayat bagi membantunya menyah sebarang toksik merbahaya atau kuman berbahaya.Walaupun Najwa Fatihah dilahirkan normal dan sihat dari segi fizikal dengan berat badan 3.3 kilogram, semuanya hanya sementara apabila kanak-kanak itu mula menunjukan perubahan dengan sering demam dan muntah selepas minum susu.Ayah kanak-kanak malang itu, Sidang Ismail, 32, berkata mereka sekeluarga mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada Najwa Fatihah apabila sering tidak sihat.“Kebimbangan itu semakin ketara apabila jirannya yang juga seorang pakar perubatan swasta memberitahu kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah jantung.Berikutan itu, kami membawa Najwa Fatihah ke pusat perubatan swasta untuk pemeriksaan lanjut.“Selepas menjalani pemeriksaan rapi, doktor mengesahkan anak perempuan saya memang mengalami masalah itu dan perlu dibedah segera untuk menyelamatkan nyawanya,” katanya ketika datang ke Balai Berita, di sini, semalam..Sidang Ismail berkata, anaknya disahkan doktor mempunyai kedudukan jantung di sebelah kanan atau nama saintifiknya Right Isomeric Heart selain hanya memiliki satu ventrikel.Sementara itu, ibu Najwa Fatihah, Noor Aziza Ismail, 32, berkata doktor mengesahkan anak perempuannya perlu dibedah segera untuk menyelamatkan nyawa.Katanya, keadaan Najwa semakin pulih selepas pembedahan pertama setahun lalu dan perlu menjalani sekurang-kurangnya dua lagi pembedahan bagi membolehkan jantungnya berfungsi secara normal.“Walaupun pembedahan pertama berjaya tetapi Najwa kini sering menangis, sesak nafas, tidak boleh bergerak aktif dan kelihatan pucat,” katanya.Noor Aziza yang tidak mempunyai wang secukupnya merayu orang ramai supaya menghulurkan bantuan agar anaknya itu dapat meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.Sumbangan boleh dihantar ke alamat Unit Kebajikan New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.



Edisi KL: Dugaan besar Akmal – 22/02/06

KUALA LUMPUR: “Satu persatu dugaan yang perlu saya tempuh. Selepas kaki kanannya kudung dan matanya buta, Akmal Haris kini perlu menjalani pembedahan bagi membuang lebihan tulang kakinya yang dijangkiti kuman.
“Hati ibu mana yang tidak sebak mengenangkan nasib anaknya yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan walaupun belum mengenal erti kehidupan,” kata Rozarina Bukhari, 34, ibu kepada Akmal Haris Shamsul Anuar, lapan bulan, yang koma selepas tercampak keluar daripada buaian ketika berada di pusat asuhan kanak-kanak, 7 September tahun lalu.Rozarina berkata, pada 16 Februari lalu Akmal menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor mengesahkan anaknya sudah dijangkiti kuman di bahagian kaki kanannya.“Doktor yang merawat anak saya memberitahu Akmal perlu melakukan pembedahan secepat mungkin bagi membuang lebihan tulang di kaki kanannya yang kudung.“Hasil pemeriksaan x-ray yang dilakukan mendapati ada jangkitan kuman di tulang kakinya dan perlu pembedahan segera bagi mengelakkan kuman merebak ke bahagian lain,” katanya, di sini, semalam.Beliau berkata, Akmal kini ditahan di Wad Pediatrik, HKL bagi menjalani pembedahan yang dijangka dilakukan pada Jumaat ini.“Saya diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga, satu persatu dugaan yang perlu saya tempuh. Bagaimanapun, saya pasrah kerana sudah ketentuan Allah menduga kesabaran makhluknya.“Kami sekeluarga kini reda dan pasrah jika dia pergi kerana tidak sanggup melihat dia menderita dan terseksa. Setiap kali, selepas solat air mata saya akan menitis keluar mengenangkan nasibnya,” katanya.Menurutnya, dia akan tetap menyaman Pusat Asuhan Kanak-kanak di Taman Desa Mewah, Semenyih bagi menuntut ganti rugi atas kecuaian mereka yang menyebabkan anaknya tercampak keluar daripada buaian.“Kami dalam proses mendapatkan khidmat peguam bagi meminta pandangan dan nasihat sebelum mengambil tindakan undang-undang.“Keadaan anak saya masih tidak berubah kecuali sedikit pergerakan apabila disentuh dan namanya dipanggil. Sesekali juga dia akan menggeliat,” katanya.Pada 25 Oktober tahun lalu, Harian Metro melaporkan seorang bayi berusia tiga bulan koma selepas tercampak keluar daripada buaian ketika berada di pusat asuhan kanak-kanak di Semenyih.